Monday, 28 November 2011

PiNk. OrEN. BLuE. ReD.

Kenangan indah yang tak pernah padam dalam ingatanku...
Kisah kenakalan 3 dara bersaudara...
Kenakalan yang mencuit hati bila diingat kembali...
Banyak kisah suka duka antara kita...
Kadang-kadang bila dikenang seringkali aku tergelak sendiri...
Bak kata abah kalau dah 3 orang dara nie berjumpa mesti ada je benda yang nak dibuat...
Huru-hara jadinya...
Kalau rahsia pula mesti disimpan bersama...
Takkan pernah ada yang bocor...
Semua atas dasar perjanjian antara kita...
Atas dasar kepercayaan antara kita...
Bila seorang antara kita berubah, yang lain akan mengingatkan...
Tetapi... kenapa kini semuanya berubah...
Kenapa kita tidak seperti dahulu...
Kenapa kita semakin menjauh...
Kenapa mesti ada dengki di antara kita...
Kenapa??? Kenapa??? Kenapa???
Persoalan yang masih belum ada jawapannya...
Hanya antara kita sahaja yang tahu puncanya dan jawapannya...
Sedarkah kita yang kita semua bersaudara...
Cubit paha kiri, paha kanan yang terasa...
Sunyinya bila kita tidak lagi bersama...
Rindu kenangan kita dulu di Kuching Sarawak...
Kenangan pahit manis kita bersama...
Ingat tak dulu saat-saat tercetusnya nama Pink, Oren, Blue & Red...
Sebelumnya nama gelaran asal kita ialah Setan, Jin dan Toyol..
Ada tambahan pulak tu Setan Gondol tak pun paling dikenali dengan Penyu...
Sampaikan satu family kita tahu gelaran itu kan... Lawak-lawak...
Tetapi disebabkan satu peristiwa kita semua dilarang untuk menggunakan nama tu...
Ibu cakap tak elok...
Nanti Setan asyik ikut kita bertiga...
Sebab tu kita tukar nama ikut warna kegemaran masing-masing...
Semua nama berdasarkan pasangan masing-masing...
Hanya kita bertiga jer yang tahu kan...
Nakalnya kita masa tu...
Sampaikan anak murid abah pun kita nak try...
Try market lah katakan...
Menyangkut plak tu...
Mana tak sangkut... hot market lah katakan...
Bahagianya masa tu...
Dalam masa yang sama perkenalan yang tidak disengajakan di antara kita dengan Addy & Mun...
Kehadiran dua jejaka yang cukup melengkapkan kenakalan kita...
Ingat tak saat perkenalan tu tempat yang menjadi sejarah buat kita bertiga adalah Stesen Minyak Petronas Matang Jaya...
Lucu mengingatkan kembali bila melihat Addy gelabah masa nak minta nombor phone Ikin...
Lawak-lawak... 
Saat tu nakal kita menjadi-jadi kan...
Tapi akhirnya antara Pink dan Red...
Ikin memilih Red... kerana Red nampak lebih bertanggungjawab dan nampak lebih menyayangi Ikin...
Semua family suka... Angah & Udak lagilah suka...
Tempat dating pertama kita di Stadium Sarawak...
Ingat tak macam mana Addy & Mun lindung kita adik-beradik...
Caring sangat...
Kenangan yang tak pernah dapat dilupakan...
Ingat tak macam mana Mun kantoi dengan kita bertiga...
Punya baiknye cover akhirnya kantoi gak...
Rupa-rupanya Mun kuat melatah...
Tak sangkakan... Muka Macho macam samseng tapi rupanya kuat melatah...
Masa tu kita bertiga pecah gelak...
Start dari situ kita asyik kacau Mun kan...
Tapi masa tu Mun dah nak balik JB...
Tulah last kita jumpa Mun kan...
Rindunya dekat Mun...
Ingatkan jodoh Ikin dan Addy kekal...
Tapi tak seperti yang kita rancangkan...
Allah telah menentukan segalanya...
Ikin & Addy juga tidak kekal...
Berpisah atas sebab salah faham...
Hanya mereka sahaja yang tahu puncanya...
Tetapi perpisahan mereka tidak menjadikan mereka musuh...
Kita tetap bersahabat dan menganggap Addy sebagai sebahagian daripada family kita...
Ingat tak lagi dengan perkataan 'Vespa Colop'...
Lawakkan...
Seronokkan bila tengok Vespa je kita bertiga akan cakap ' Vespa Colop '...
Tapi sampai sekarang kita tak tahu apa maksud 'Colop' tu...
Ingat tak lagi bila kita tertekan, mesti kita akan carik helah nak minta izin keluar ngan abah...
faham-faham jelah abah kan tegas, susah nak minta izin keluar malam-malam...
Tambah-tambah kita bertiga anak dara...
Tapi helah kita berhasil dan tidak pernah gagal...
Port paling kita suka kat Masja...
Port lepak dan ngorat orang... lepas tu lari...
Helah yang abah tak pat nak kesan sampai sekarang ialah helah nak jumpa Pink dan Oren di Pulapol...
Sape lagi kalau tak anak murid abah yang kitorang ngorat...
Yang untung adalah Along...
Mana tak nya hari-hari dapat makan sedap-sedap...
Sebabnya hari-hari jugak kita bagi alasan nak jenguk Along...
Along pun tak sedarkan yang adik-adik Along senakal nie kan...
Lagu tema kita... 'Nothings gonna change my love for you...
Lagu yang Penyu bagi kat Ikin... Best kan...
Setiap kali dengar lagu nie mesti teringat kembali kenangan kita...
Lagu dan cerita yang paling kita minat... 'Tentang Dia''
Cerita yang sedih dan lagu yang best....
Ingatlah wahai saudaraku kenangan kita bersama walau bercerai nyawa dari badan
Angah tetap sayang korang...
Angah tak pernah lupa korang...
Korang segala-galanya buat Angah...